Rabu, 23 Julai 2008

Apakah itu Radio Amatur?

Radio Amatur ataupun juga dikenali sebagai Ham Radio" ialah hobi berkenaan membina, menguji-kaji dan berkomunikasi melalui radio. Pengguna-pengguna Radio Amatur ini saling berhubungan dengan rakan-rakan mereka seluruh dunia melalui beberapa set-set frekuensi radio yang telah ditetapkan.


Apakah yang boleh saya lakukan dengan Radio Amatur?

Tidak seperti teknologi perhubungan lain, Radio Amatur membolehkan anda berhubung dari mana-mana tempat, kemana-mana tempat, pada setiap masa. Pada waktu-waktu bencana, Radio Amatur amat berguna, terutamanya kepada agensi-agensi penyelamat. Pada ketika lain, anda juga kadang kala boleh bercakap dengan para angkasawan atau membalikkan isyarat dari bulan. Anda juga boleh menghantar fail ataupun gambar secara digital. Adakah hobi lain yang menyediakan ciri sebegitu seperti hobi ini?


Saya sentiasa sibuk. Adakah saya masih boleh menikmati hobi ini?

Sudah tentu. Hobi ini tidak terikat kepada sesuatu masa, tempat dan pendapatan seseorang. Memandangkan ianya mudah dikendalikan, ramai yang sentiasa sibuk mendapati ianya seronok digunakan dan mengurangkan tekanan selepas seharian bekerja. Anda dan juga keluarga anda juga boleh berkumpul dan mempelajari hobi ini.

Bilakah Radio Amatur bermula?

Sejarah Radio Amatur ini telah bermula semenjak perhubungan radio digunakan. Pada tahun 1912, Kongress Amerika Syarikat telah meluluskan undang-undang pertama bagi mengawal selia pemancaran radio di Amerika Syarikat. Bermula 1914, pengguna Radio Amatur telah mula berkomunikasi dan mengadakan satu sistem penghantaran mesej di antara mereka. Di Malaysia, radio amatur merupakan titik bermulanya perkhidmatan radio komersil.


Bagaimana saya boleh menjadi seorang operator Radio Amatur?

Hanya mereka yang telah diperakukan sahaja dibenarkan untuk mengendalikan sesuatu alat Radio Amatur. Bagi mendapatkan Sijil Perakuan, anda haruslah warganegara Malaysia berusia 14 tahun ke atas dan lulus ujian-ujian berikut:

Ujian Teori Radio dan Kefahaman Peraturan Radio bagi Sijil Perakuan Kelas B; atau
Ujian Sijil Perakuan Kelas B dan juga lulus ujian Kod Morse bagi Sijil Perakuan Kelas A.

Siapakah yang mengeluarkan Sijil Perakuan itu?

Sijil Perakuan tersebut dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kepada mereka-mereka yang telah lulus ujian yang ditetapkan.

Siapa yang boleh membantu saya?

Kelab-kelab Radio Amatur terdapat di seluruh Malaysia dan bersedia untuk membantu anda. Ada di antara kelab-kelab tersebut mempunyai halaman web yang mengandungi makiumat mengenai hobi tersebut. Salah satu contoh adalah halaman web Persatuan Radio Amatur Negeri Pahang di http://www.peramah.org.my

Adakah saya perlu membayar yuran?

Sijil Perakuan tersebut haruslah diperbaharui setiap tahun. Yuran tahunan bagi Sijil Perakuan Kelas A adalah sebanyak RM36 dan bagi Sijil Perakuan Kelas B, yurannya adalah sebanyak RM24 setahun.


Apakah perbelanjaan yang diperlukan bagi hobi ini?

Sebuah radio bersaiz telapak tangan yang baru mungkin sama harganya dengan satu TV 19 inci yang berkos rendah. Radio yang lebih besar adalah sama kosnya dengan satu komputer peribadi. Selain dari itu, bahan-bahan pembelajaran berkenaan Radio Amatur adalah mudah didapati dari internet dan sekiranya perlu untuk dibeli, harganya adalah berpatutan. Yuran peperiksaan bagi mendapatkan Sijil Perakuan juga adalah rendah. Secara alternatif, sekiranya anda cenderung untuk menguji-kaji, seperti kebanyakan pengguna Radio Amatur atau "Ham Radio", anda boleh membuat unit radio anda sendiri.

ITU Recommended Phonetics

A — Alfa (AL FAH)

B — Bravo (BRAH VOH)

C — Charlie (CHAR LEE OR SHAR LEE)

D — Delta (DELL TAH)

E — Echo (ECK OH)

F — Foxtrot (FOKS TROT)

G — Golf (GOLF)

H — Hotel (HOH TELL)

I — India (IN DEE AH)

J — Juliet (JEW LEE ETT)

K — Kilo (KEY LOH)

L — Lima (LEE MAH)

M — Mike (MIKE)

N — November (NO VEM BER)

O — Oscar (OSS CAH)

P — Papa (PAH PAH)

Q — Quebec (KEH BECK)

R — Romeo (ROW ME OH)

S — Sierra (SEE AIR RAH)

T — Tango (TANG GO)

U — Uniform (YOU NEE FORM or OO NEE FORM)

V — Victor (VIK TAH)

W — Whiskey (WISS KEY)

X — X-Ray (ECKS RAY)

Y — Yankee (YANG KEY)

Z — Zulu (ZOO LOO)

BAGAIMANA HENDAK MENJADI PENGENDALI RADIO AMATUR DI MALAYSIA

Perkhidmatan Radio Amatur (ARS) telah wujud dikebanyakan negeri-negeri yang mengunakan frekuensi yang sama. Di Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) adalah sebuah badan yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan Stesyen Radio Amatur.

Untuk mengendalikan sesebuah Stesyen Radio Amatur, Pengendali mestilah memiliki Lesen Radas Peruntukan (Apparatus Assignment) atau bagi rakyat Negara luar yang berlesen dikehendaki memohon pertukaran lesen dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Negara-Negara yang diiktirafkan oleh Malaysia termasuklah:-
ASIA
Thailand, Indonesia, Laos, Vietnam, Myanmar, India, Cina, Mongolia.
EROPAH
United Kingdom, RepubliK Jerman, Switzeland, Finland dan Czechoslivakia. Bagi Negara-negara yang tidak mempunyai pengiktirafan boleh memohon dan atas budi bicara SKMM untuk melusluskan pertukaran lesen berkenaan.

MENGENAI RADIO AMATUR

Radio Amatur ditakrifkan didalam Akta Komunikasi dan Multimedia (Spectrum) Peraturan 2000 adalah bermaksud Perkhidmatan Radio Komunikasi (termasuk Terrestrial & Satelite) dimana kegunaan Stesyen dengan tujuan latihan sendiri, berkomunikasi dan penyiasatan teknikal yang dijalankan dengan kebenaran sesorang yang keinginan mendalami teknik radio diatas usaha peribadi dan tidak mempunyai niat yang lain.

Jutaan Pengendali Radio Amatur berkomunikasi diantara satu sama lain setiap hari dengan mengunakan sistem penyiaran dan satelit amatur. Pengendali Radio Amatur boleh memberikan perkhidmatan ketika berlakunya bencana alam sekiranya sistem komunikasi yang lain tidak boleh berfungsi atau ketiadaan kemudahan komunikasi yang lain.

Radio Amatur juga telah diiktirafkan sebagai salah satu peralatan berkomunikasi radio yang mana ITU mengendali dan mengadakan satu frekuensi khas untuk perkhidmatan Radio Amatur yang frekuensi tersebut dapat digunakan diseluruh dunia.





Jumaat, 11 Julai 2008

IC2720H dan yang kecil tu V8, ini jenis icom, yang aku ada sekarang





Aku juga merupakan ahli kelab persatuan radio komunikasi 2 hala kuala lumpur dan selangor iaitu Pradas pemegang call Sign PR-VW. start join dari november 2007


Rabu, 9 Julai 2008

Majlis Cukur jambul Zulaikha Farzana



Dari kiri mertua, ayah dan emak.

Jumaat, 4 Julai 2008

Menariknya Scuba!



AKTIVITI snorkling juga boleh dilakukan di kawasan penginapan.

Maldives akan sentiasa diingati jika anda pernah nikmati keindahan terumbu karangnya

"ADAKAH Maldives cantik?," tanya seorang rakan. Jika idea melancong anda untuk memanjakan diri dengan desah angin, lambaian pohon kelapa, pasir putih pantai dan laut membiru, negara kepulauan di Lautan Hindi ini tidak akan mengecewakan anda.

Maldives memang sebuah negara pulau yang sangat cantik dan menarik. Apatah lagi ia cukup terkenal sebagai syurga skuba. Jika anda ke Maldives tanpa menyelam ia seperti
makan tidak berkuah. Boleh makan, tetapi tidak begitu berselera.