Rabu, 23 Julai 2008

BAGAIMANA HENDAK MENJADI PENGENDALI RADIO AMATUR DI MALAYSIA

Perkhidmatan Radio Amatur (ARS) telah wujud dikebanyakan negeri-negeri yang mengunakan frekuensi yang sama. Di Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) adalah sebuah badan yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan Stesyen Radio Amatur.

Untuk mengendalikan sesebuah Stesyen Radio Amatur, Pengendali mestilah memiliki Lesen Radas Peruntukan (Apparatus Assignment) atau bagi rakyat Negara luar yang berlesen dikehendaki memohon pertukaran lesen dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Negara-Negara yang diiktirafkan oleh Malaysia termasuklah:-
ASIA
Thailand, Indonesia, Laos, Vietnam, Myanmar, India, Cina, Mongolia.
EROPAH
United Kingdom, RepubliK Jerman, Switzeland, Finland dan Czechoslivakia. Bagi Negara-negara yang tidak mempunyai pengiktirafan boleh memohon dan atas budi bicara SKMM untuk melusluskan pertukaran lesen berkenaan.

MENGENAI RADIO AMATUR

Radio Amatur ditakrifkan didalam Akta Komunikasi dan Multimedia (Spectrum) Peraturan 2000 adalah bermaksud Perkhidmatan Radio Komunikasi (termasuk Terrestrial & Satelite) dimana kegunaan Stesyen dengan tujuan latihan sendiri, berkomunikasi dan penyiasatan teknikal yang dijalankan dengan kebenaran sesorang yang keinginan mendalami teknik radio diatas usaha peribadi dan tidak mempunyai niat yang lain.

Jutaan Pengendali Radio Amatur berkomunikasi diantara satu sama lain setiap hari dengan mengunakan sistem penyiaran dan satelit amatur. Pengendali Radio Amatur boleh memberikan perkhidmatan ketika berlakunya bencana alam sekiranya sistem komunikasi yang lain tidak boleh berfungsi atau ketiadaan kemudahan komunikasi yang lain.

Radio Amatur juga telah diiktirafkan sebagai salah satu peralatan berkomunikasi radio yang mana ITU mengendali dan mengadakan satu frekuensi khas untuk perkhidmatan Radio Amatur yang frekuensi tersebut dapat digunakan diseluruh dunia.

0 ulasan: